Referendum kemerdekaan Kurdistan Iraq 2017
Referendum kemerdekaan Kurdistan Iraq 2017

Referendum kemerdekaan Kurdistan Iraq 2017

Templat:Legend-lineTemplat:Legend-line     Wilayah Kurdistan Iraq yang tidak dipertikaikan     Wilayah yang dipertikaikan di dalam sempadan rasminya yang dikuasai oleh Kurdistan Iraq     Wilayah di luar sempadan rasminya yang dikuasai oleh Kurdistan Iraq     Wilayah lain yang dituntut oleh Kurdistan IraqSebuah referendum kemerdekaan untuk Kurdistan Iraq telah diadakan pada 25 September 2017, dengan keputusan awal menunjukkan majoriti besar undian, kira-kira 93 peratus, memilih kemerdekaan. Kerajaaan Wilayah Kurdistan (KWK) separa autonomi menyatakan referendum akan diikat,[2][3][4] tetapi akan memulakan pembangunan negara dan rundingan bersama Iraq dan bukannya sebuah pengisytiharan kemerdekaan segera.[5] Walau bagaimanapun, referendum tersebut telah ditolak oleh kerajaan persekutuan Iraq. Referendum ini pada asalnya dirancang untuk diadakan pada 2014 di tengah-tengah kontroversi dan pertikaian antara kerajaan wilayah dan persekutuan.[6] Panggilan untuk kemerdekaan Kurdish telah berlangsung selama bertahun-tahun, dengan referendum tidak rasmi 2005 yang menunjukkan 98 peratus undian memilih kemerdekaan.[7] Seruan kemerdekaan Kurdish ini mendapat sokongan berikutan serangan Negara Islam Iraq dan Syam di utara Iraq ketika Perang Saudara Iraq dimana pasukan berkuasa Baghdad meninggalkan beberapa kawasan sebelum diambil alih oleh Peshmerga dan dikuasai secara de facto oleh orang Kurdi.Referendum diumumkan dan ditunda beberapa kali[8][9] memandangkan pasukan Kurdish bekerjasama dengan kerajaan pusat Iraw untuk pembebasan Mosul.[10] Pada 7 Jun 2017, Presiden Kurdish Masoud Barzani mengadakan mesyuarat bersama Parti Demokratik Kurdistan, Kesatuan Patriotik Kurdistan dan beberapa parti pemerintah yang lain, di mana referendum kemerdekaan ditetapkan untuk diadakan pada 25 September 2017. [11]

Referendum kemerdekaan Kurdistan Iraq 2017

Tarikh 25 September 2017 (2017-09-25)
Undi%
Keputusan
Undi%
Ya2,861,471&&&&&&&&&&&&&092.73000092.73%
Tidak224,464&&&&&&&&&&&&&&07.2700007.27%
Undi sah3,085,935&&&&&&&&&&&&&092.51000092.51%
Undi tidak sah atau kosong249,990&&&&&&&&&&&&&&07.4900007.49%
Jumlah undi3,335,925100.00%
Pengundi berdaftar/keluar4,581,255&&&&&&&&&&&&&072.82000072.82%
Lokasi Wilayah Kurdistan Iraq

Rujukan

WikiPedia: Referendum kemerdekaan Kurdistan Iraq 2017 http://www.al-monitor.com/pulse/originals/2017/06/... http://www.basnews.com/index.php/en/news/kurdistan... http://www.bbc.com/news/world-middle-east-28103124 http://www.iraqinews.com/baghdad-politics/no-party... http://www.nrttv.com/AR/Detail.aspx?Jimare=56485 http://english.alarabiya.net/en/News/middle-east/2... http://aranews.net/2017/07/senior-kurdish-official... http://www.kurdistan24.net/en/news/e4536e45-41b2-4... http://www.rudaw.net/NewsDetails.aspx?pageid=33138... http://www.rudaw.net/english/kurdistan/060620171